English 中文
 
PERBANDINGAN
Perbandingan Keberkesanan Berus Gigi
 

Dilulus Dan Diakui Oleh
The Malaysian Private Dental Practitioners Association
 
DEMONSTRASI
Cara Yang Betul Menggunakan T-Toothbrush

Pengiktirafan Doktor
Malam Denson, Pengakuan Doktor Gigi, Filipina

Doktor Menjelaskan Kebaikan Berus Gigi Denson, Filipina

Doktor Menjelaskan Kebaikan Berus Gigi Denson, Filipina

Testimonial Penguna

 
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna
(Length: 12:47 min)
: http://youtu.be/NlZYgCSfZOI
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDAwNDYwMzQ0.html
Tiga Minit untuk Kehidupan yang Lebih Sihat
(Length: 8:32 min)
: http://youtu.be/rIGFZ2ccfM8
: http://v.youku.com/v_show/id_XMzk0NzQyMzc2.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Dr. Xu Zheng-long)
(Length: 0:44 min)
: http://youtu.be/IxhE8xJ0Goo
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDAwNDYwMzQ0.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Mr. Chen Xue-qing)
(Length: 0:45 min)
: http://youtu.be/heHUWMlJxPk
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTYwMDcy.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Mr. Xu Hong-chao)
(Length: 0:43 min)
: http://youtu.be/WXNaXd_9cTs
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTYyNDI0.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Mr. Xu Xi-song)
(Length: 0:36 min)
: http://youtu.be/g8dyheOcRIo
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTYzMzI4.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Ms. Chen Ri-ying)
(Length: 1:28 min)
: http://youtu.be/jsHX0mqt8OE
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTY1Nzg0.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Ms. Gu Yan-yun)
(Length: 1:55 min)
: http://youtu.be/FpOzw0ZZpok
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTY4MjMy.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Ms. Lu Re-yun)
(Length: 1:05 min)
: http://youtu.be/a3Q8M2LvDT8
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTY5OTg0.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Ms. Wang Jing)
(Length: 0:48 min)
: http://youtu.be/91LDh-f6Du8
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTc2MTg4.html
Saranan dari Pakar & Pengalaman yang dikongsi pengguna (Chen Ai-ni)
(Length: 2:10 min)
: http://youtu.be/Y1tht0P72RQ
: http://v.youku.com/v_show/id_XNDEyMTI2MTky.html
 


 Anak lelaki saya, Alvin adalah seorang kanak-kanak istimewa. Selama ini, dia menggunakan berus gigi konvensional untuk memberus gigi. Bagaimanapun, dia akhirnya mengalami kerosakan gigi dan gusinya telah rosak. Selepas seorang rakan memperkenalkan kepada saya T-Toothbrush, saya menyangka ia adalah lebih kurang seperti berus gigi konvensional. Walaubagaimanapun, rakan saya menyakinkan saya dan berkata ia adalah cara yang lebih baik dan berkesan. Jadi saya belikan satu dan berikan kepada Alvin untuk digunakan. Selepas 3 minggu, giginya menjadi lebih putih dan kotoran pada giginya sama sekali hilang dan kerosakan pada gusinya juga turut pulih dengan cepat. Saya menyedari bahawa T-Toothbrush adalah berus gigi yang sangat baik dan jauh lebih baik daripada konvensional. Sejak itu, seluruh ahli keluarga saya menggunakan T-Toothbrush dan kami semua gembira menikmati gigi yang bersih dan sihat.
Kami menyediakan testimonial kami untuk berkongsi keberkesanan T-Toothbrush dengan semua orang. Saya amat mengesyorkan T-Toothbrush untuk semu orang.

Oleh Ibu Alvin : Sharon Loh
 


 Saya telah mempunyai ketulan pada gusi saya sejak 3 tahun lepas. Selepas diperiksa oleh doktor, doktor itu berkata, ia merupakan syndrome yang tidak boleh diubati. Walaubagaimanapun, selepas sebulan menggunakan T-Toothbrush, saya begitu terkejut yang ketulan itu benar-benar hilang! Selepas saya berjumpa kembali dengan doktor, doktor itu kagum dan berkata ia adalah luar biasa. Saya dapat tahu apabila saya menggunakan T-Toothbrush untuk memberus gigi saya dari atas ke bawah, ia benar-benar boleh menyembuhkan penyakit gusi. Saya kini berasa lebih selesa dan yakin dengan diri saya sendiri. Saya ikhlas berkongsi pengalaman saya dengan semua orang dan berharap agar anda mencuba T-Toothbrush. Anda pasti akan merasa perbezaannya.

Oleh Lim Fui Chin
 


 Nama saya ialah Lai Siew Eng. Gigi saya menjadi kekuningan kerana saya sering minum kopi. Saya telah mencuba pelbagai cara dan pelbagai jenis berus gigi untuk membuang kotoran itu tetapi ia tidak pernah berjaya. Gigi saya masih mempunyai kesan. Suatu hari, seorang rakan saya memperkenalkan kepada T-Toothbrush dan meminta saya untuk mencuba. Kali pertama saya mencubanya, saya dapati bahawa ia sama sekali berbeza berbanding dengan berus gigi biasa. Gigi saya terasa lebih bersih. Selepas beberapa minggu menggunakannya kesan kekuningan akhirnya pudar dan saya dapat melihat sinaran pada gigi saya sekali lagi. Saya berasa sungguh gembira kerana saya menggunakan berus gigi yang unik boleh menanggalkan kesan kopi. Sekarang, T-Toothbrush akan menjadi satu-satunya pilihan saya. Saya dengan ini mencadangkan supaya semua orang menggunakan T-Toothbrush. Ia benar-benar dapat meningkatkan kebersihan mulut dan gigi anda.

Oleh Lai Siew Eng
 
 Saya mempunyai masalah gusi berdarah apabila memberus gigi. Kakak saya telah memperkenalkan T-Toothbrush kepada saya dan berkata ia tidak seperti berus gigi yang lain. Saya telah menggunakan T-Toothbrush untuk beberapa minggu. Hasilnya, mulut saya sudah bertambah baik kerana T-Toothbrush dapat memberus gigi saya atas dan bawah seperti membersihkan permukaan atas gigi dan gusi pada masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan radang gusi dan menjadikan gigi yang licin, berkilat dan bersih. Saya mencadangkan semua orang yang mempunyai masalah ini menggunakan T-Toothbrush.

Oleh Mastura Ahmad
 
 Saya benar-benar menyukai T-Toothbrush kerana setiap kali memberus gigi, saya merasakan ia hebat dan ia benar-benar berkesan. Setelah 2 minggu menggunakannya saya telah dapat merasai perbezaan pada gigi saya. Ia menjadi lebih bersih dan putih berseri selepas memberus gigi dan kekal bersih untuk masa yang lebih lama.

Oleh En. Sazali
 
 Ayah saya mengalami gigi kekuningan akibat menghisap rokok. Ibu menyarankan ayah untuk bertukar berus gigi biasa kepada T-Toothbrush. Pada mulanya ayah tidak yakin kerana beliau sering kali menukar berus gigi tetapi kesemua tidak dapat menghilangkan kesan gigi yang dialami. Setelah beberapa minggu menggunakan, ibu mendapati gigi ayah semakin putih dan bersih. Segala kesan akibat menghisap rokok itu telah hilang. Kini ayah boleh tersenyum gembira kerana masalah yang dialami sudah tiada. Ibu menyarankan seluruh keluarga menggunakan T-Toothbrush ini.

Oleh Cik Latifah Ibrahim
 
 T-Toothbrush merupakan berus gigi yang direka untuk pembersihan lembut dan berkesan untuk gigi dan gusi yang sensitif. Ultra bulu lembut untuk pembersihan gigi dan gusi dapat mengurangkan tekanan ke atas gigi dan gusi sensitif saya. Ia dapat mengurangkan risiko kecederaan dan membantu mengelakkan tekanan yang berlebihan pada gusi. Saya amat menyukai T-Toothbrush.

Oleh Miss Netia Salvan
 
 Setelah menggunakan T-Toothbrush, saya dapati ia dapat membersihkan gigi saya dengan lebih baik berbanding dengan berus gigi yang sedia ada. Sebelum ini, saya menggunakan flos untuk membuang sisa makanan yang melekat pada gigi tetapi sekarang tidak lagi. Bulu lembut dan bentuk yang fleksibel pada T-Toothbrush dapat memberus dengan mudah walaupun pada gigi belakang saya. Sejak menggunakan T-Toothbrush, saya merasakan gigi saya lebih bersih dan sihat.

Oleh Hisham Ishak
 
 Saya telah menggunakan T-Toothbrush semenjak sebulan yang lalu. Saya mendapati T-Toothbrush telah diuji secara klinikal untuk membuang plak yang lebih baik berbanding dengan berus gigi biasa. Apabila saya membuat pemeriksaan gigi, doktor berkata gigi saya bebas daripada plak. Saya berasa sangat yakin setelah menggunakan T-Toothbrush.

Oleh Puan Maria Zulkifli